Jumaat, 2 Mei 2008
Gaji kecik tapi kerja lebih
Ini lah dilema pegawai-pegawai bank berpangkat rendah di salah sebuah bank tempatan. Setiap tahun bank ini akan membiayai mana-mana sambutan tahun baru walaupun terpaksa membayar ratusan ribu, namun nasib kakitangannya diabaikan terutama pegawai-pegawai yang berpangkat rendah. Sudahlah gaji yang ditawarkan jauh lebih rendah dari mana-mana bank tempatan yang lain dan dengan kenaikan gaji yang tak menentu, kerja lebih masa pun tak dibayar dengan bayaran yang sepatutnya. Bayangkan jika seorang pegawai rendah dengan gaji RM1,800 sebulan, dikerah bekerja sehingga mampu mencapai status kerja yang biasanya untuk pegawai bergaji RM5,000 sebulan hanya dibayar RM12 sehari untuk kerja lebih masa, walaupun telah bekerja lebih 4 jam.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
huhuhu..bank mane la nie, hampeh toll...perah keringat pekerja cam perah air tebu...jual kacang putih sebelah petang pun boleh dapat lebih RM12 hengget...apparaaa
Catat Ulasan